Khamis, 27 Mei 2010

untuk ahli KMKJ




Alhamdulillah segala puji di panjatkan kepada Allah dengan segala nikmat yang di berikan olehNya, nikmat pinjaman nafas , nikmat ilmu , nikmat makan dan minum , nikmat tidur dan nikmat dapat hidup dengan selesa di bumi Jordan yang penuh barakah ini.Alhamdulillah...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah juga kerana telah memberi peluang kepada pimpinan KMKJ 09/10 utk sama2 berkebajikan antara kita semua .Sedar tidak sedar , telah hampir setahun saya beserta jawatankuasa KMKj 09/10 yang lain menguruskan persatuan anak negeri Kelantan ini.Di kesempatan ini , kami teramatlah sedar bahawa banyak kekurangan dan kelemahan yang di lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak sedar .Bertepatan dengan hadis

وقال صلى الله عليه وسلم : " كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول"؛ رواه احمد

وابوداود وصححه الإمام النووي

(cukuplah sesorang itu berdosa apabila mensia-siakan orang yang di bawah tanggungannya)

Saya selaku wakil kepada semua AMT dan semua AJK yang bekerja utk KMKJ meminta maaf/ampun kepada semua andaikata dosa itu secara tidak sedar di tanggungkan ke atas kami kerana saya percaya semua orang yang bekerja utk KMKJ pada sesi ini telah bersungguh –sungguh melakukan kerja masing2.


Ahli KMKJ sekalian,

Bersempana musim peperiksaan semester dua sesi 09/10 ini , pihak KMKJ MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERMUJAHADAH KEPADA SEMUA PELAJAR KMKJ KHUSUSNYA DAN KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JORDAN AM-NYA.Sama-samalah kita berganding bahu bekerjasama utk memaksimumkan kualiti study sekaligus memaksimumkan markah untuk kita kecapi dalam peperiksaan final nanti.Ingatlah pelajar2 sekalian bahawasanya tujuan utama dan pertama kita di sini ialah untuk menuntut ilmu dan ia seharusnya di ekspresikan /di buktikan dalam result imtihan kita masing2. Dan juga jangan lupa utk sama-sama melihat kawan-kawan di sekeliling supaya bukan kita sahaja yang cemerlang tetapi KITA DAN DIA JUGA MESTI CEMERLANG SAMA!!!!


Tidak dilupakan juga kepada abang2 dan kakak2 yang dah nak grade sem ini semoga mendapat keputusan yang memberangsangkan dan segala ilmu yang dapat di Jordan ini dapat di kongsikan atau di khidmatkan kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sana.


Akhir kata sama-samalah kita sentiasakan berdoa , bukan sahaja selepas solat , tetapi setiap waktu dan masa.Sebelum tido selepas tido , sebelum solat selepas solat waktu qiam waktu duduk , berdoalah utk kejayaan kita dan rakan-rakan dan semua umat islam yang sedang berjuang.





“MAHASISWA BERWAWASAN, ISLAM GEMILANG“















Mohd Shakir Bin Zahari
YDP KMKJ 09/10



Rabu, 19 Mei 2010

renunglah duhai pelajar








aku x takut kalau Allah tak bg kjayaan dlm exam ...
aku takut kalau mse dkt2 nk exam ...
solat makin lambat...
jemaah makin kurang..
quran ntah ke mana..
study makin byk..pastu
dosa makin menimbun...
tp malas nak mintk ampun..
lupa pada Pemilik Jiwa ku..
Lupa pada Pencipta Kejayaan dan Kegagalan...
ya Allah...aku berlindung dgn Mu drpd dosa yg aku sngajakan dan aku tidak sengajakan...
aku bimbang aku gagal sblum gagal...
arggggghh...


p/s-ni di adaptasi oleh sahabat gue , gue x sampai lg tahap ni , rsenya time spm dulu lagi dapat quote best ni , moga menjadi amalan sepanjang hayat
-final da nak dekat , usaha x kemana , hanya sifat mudah mengalah yang menang...haihh


"pandanglah yang dekat, pd masa yang sama telitikan yang jauh"
we all can do it!

Khamis, 6 Mei 2010

TEGURAN...





Situasi:

Sahabat ni xdak orang kata time dia rehat ke, duk lepak bersenang-senang , xdak2

Abdullah ibnu Masud ke,Abu Bakar as-Siddiq ke , Umar al-Khattab ke,Usman bin Affan ke ,Abu Ubaidah al-Jarrah ke Ammar ke sape ke , nabi SAW sebut dengan hadis yg byk tntg mereka ,puji mereka yg kita panggil sebagai

فضاءل الصحابة,مناقب الصحابة

Tp x pernah sejarah kata lepas nabi wafat mereka duk sandar di tiang masjid ambik tasbih , duk berzikir semata2 , ummat nak jadi apa hang jadi lah , aku ni.. org kate jom pi dakwah dia kata xyah la hang pi la ,aku ni nabi janji dah syurga xkan nak masuk neraka hari tu duk ikut nabi teruk dah nuh …

TAK PERNAH SATU PUN SAHABAT BUAT KERJA MACAM NIH!!!! melainkan setiap sahabat bila nabi wafat semuanya bertanggungjawab membawa amanah ini daripada tempat ke tempat ,negeri ke negeri menyemberangi sempadan dan menyembarengi sungai dan lautan utk membawak kalimah syahadah

لا اله الا الله و محمد رسول الله

sedangkan mereka di jamin masuk syurga kerana mereka tahu, sedar syurga tidak di beri secara percuma , ia diberi di atas pengorbanan dan perjuangan !!!!(takbir)


Mari kemudian , mari angin kesufian dia candukan orang islam sehinggah org islam kena candu , dia panggil

مجازفة

Dia bg hadis candu hadis melampau , sapa smyg 2 rakaat pahala nye sekian2 , spe smyg dua rakaat dapat ni , akhirnya dia bg hadis palsu yg mne org yg dpt bnda ni duk sandar je dlm masjid , dia kata berdasarkan apa yang aku buat ni berapa puluh mahligai dah dalam syurga aku dpt nih ,xleh nak kira

Sebab itu umat islam kena bom di Iraq ke ko kena lanyak di palestin ke , ko kena bunuh di kasymir ke , hak duk di masjid yg duk sandar ni ,.. dia kata tuan2 insyaAllah kita bace bnda ni masuk syurga tanpa perlu memikirkan nasib dan harga diri ummat dan apa yg sedang di hadapi oleh org islam , inilah jugak kejatuhan andalus ,apabila masuknya pemikiran Sufism ini ,pemikiran tareqat kerohanian ini , bukan sy tentang kerohanian tu , hak dia karut neh yg akhirnya dia khayalkan org ….duk pgg tasbih jalan tunduk sehingga watak utama org silam pun tuan2 tengok media bila kata org agama ni jalan selendang letak tepi ni ,tasbih duk di tangan ni sambila jalan tu lah wali sedangkan itu bukan watak sahabat , org ni kalu ikhlas tuan2 xdak lah angkat tasbih duk tunjuk kat orang kata ibnu jauzi dalam tablisul iblis ,klu hang kate ikhlas nak tasbih hang xdak la duk pegang tasbih tunjuk kat orang hang x buat benda tu ,hang xpakai pulak jubah yang menunjukkan hang ni……sebab itu..


Contoh terbaik:

Sebab itu syifa binti abdillah apabila tengok satu org tunduk di pasar orang tengok dia, org ramai kata tengok tu kami tengok satu orang cukup2 warak dengan jalan tunduk nya

Kata syifaa’:aku xsangka mata aku akan melihat perkara ini sesungguhnya aku telah melihat umar al-khattab ,seorang yang paling taqwa dan soleh di kalangan kami , aku xsangka sebelum aku mati aku tengok umar

اذا تكلم اسمع واذا مشى اسرع واذا ضرب فاوجع

Apabila cakap dengar suara dia bukan slow sgt2 , apabila jalan pantas apabila pukul sakit tetapi dia lah yang orang takut dialah paling taqwa pada Allah ,dengan kekuatan dia lah di bukak empayar islam dan di bela nya umat islam



Masalah:

Tapi bila mai fesyen baru , ugama dengan wajah yang baru ,cara jalan lain slow je , org lain x hirau , klu ada org buat maksiat mai wali ni buat macam tu saja ,mai karamat dia habis mati ubah org tu kena bala

Nabi SAW xleh buat mcam tu kat quraisy , baginda terpaksa tampil berperang di medan perang

Hadirin mu’minin ,

Yang nak diceritakan apa dia?nak ceritanya kita telah terpesong dengan watak islam yang asal ,maka dengan itu kita tengok lebai ramai dia tidak ambek perhatian tentang ummat dia hatta orang masjid ,mintak maaf la tuan2 puan2 , mai masjid elok dah , lebai buh kepala elok dah mai semayang elok dah tp dia balik dua duk berzikir dia x tanya anak perempuan dia pi mane , anak laki dia rempit di mana, yg org rumah dia semayang ke x ,dia x tanya , yang dia tau dia dah smyg isya dah td ustaz kata klu tasbih byk ni masuk syurga , insyaAllah duk dah ada berapa mahligai duk dlm syurga nuh ,anak aku xtaw la hok tu hal depa la depa syurga depa aku syurga aku

SO AGAMA ITU DI PISAHKAN DARI ERTI KEHIDUPAN ,

HADIRIN SEKALIAN , HADIS2 SEPERTI INI ,KEJADIAN PARA SAHABAT SEPERTI INI MENGINGATKAN KITA SUPAYA KITA MEMPERBETULKAN KEADAAN

Kata Abdullah ibnu Mas’ud

قال النبي :هلك المتنقعون

Binasalah orang yang berlebih-lebih,dalam2 kan masalah(sahih, riwayat muslim)


continue di sini

wallahu a3lam


(hari ni last psl......gambar xdek kaitan)


Jumaat, 30 April 2010

aku bersyukur padaMU



ya Allah
daku sedar
betapa teruk nya diri ini
betapa tercemar nya diri ini dek dosa
betapa banyaknya kelemahan diri ini
betapa aku tiadalah sapa-sapa
hanya hamba
hanya lah seorang hamba

ya Allah
hidayah Mu tidak lain tidak bukan
hanya untuk orang yang benar-benar beruntung sahaja
ku rasa kan xlayak untuk hidayah itu
tapi aku teringin sangat hidayah itu tersemat
tersemat setiap masa dalam jiwa sanubari ku

ya Allah
matangkan lah aku dalam memilih destinasi
supaya pengakhiran ku hanya lah pada Mu
aku xlayak
tapi aku punya peluang utk berubah
untuk bertaubat
untuk menjadi lebih baik
jadikan Nabi SAW sebagai guidance sejati untuk ku
supaya aku
aku , dia dan mereka sama menuju ke
jalan yang Engkau redhai sentiasa

ya Allah
aku bersyukur aku dikalangan mereka yang soleh
aku terasa rapat dengan mereka
banyak teman-teman yang seiring dengan ku
namun , tidak kurang juga yang tersasar
aku xmenyalahkan mereka
aku sesal pada diri sendiri
kerana ku tahu
hidayah itu tidak semurah buih yang terkeluar dari mulut



Guide us to the straight path






The path of those upon whom You have bestowed favor
, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.


.................................................







pengalaman indah time sekolah rendah , teringat zaman-zaman kecik dulu .....
Alhamdulillah
terima kasih







betapa sucinya hati waktu2 dulu (fakana liabawaihi utk mencorakkan .......)....muhasabah bersama




irbid,
di hening fajar
17 jamadil awal.