Isnin, 31 Mei 2010

Demam-demam.....hurm




semenjak dua menjak ni , wabak demam telah nampak symptom2 nya , yang telah berlaku , sedang berlaku dan akan berlaku..........haihhh


1)demam final exam



final exam lagi kureng seminggu , musibah nya apabila tiada cukup rasa cuak nak exam lalu menjadikan diri malas untuk bersungguh-sungguh....bahaya2


2)demam viva Palestine/Gaza.....kekejaman yahudi zionis terhadap Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza

isu palestine hangat kembali , kali ini ramai yang bertuah di pilih sebagai syahid di jalanNYA , gara-gara durjana ISRAEL LAKNATULLAH
















"moga-moga apabila berkurang nya isu palestine ini di mainkan media nanti , doaku utk pejuang GAZA /Palestine semakin bertambah dan berterusan"



3) demam judi bola/ isu semasa di Malaysia

sekarang Malaysia makin menjadi-jadi ....buang anak ,halalkan judi bola,isu subsidi ,rasuah dan etc.....ape nak jadi ni...?



4) demam world cup?(akan munculkah demam ini dikala byk demam lain yg lgi penting??)

world cup lagi beberapa hari , lebih kurang same la dengan final exam , jika tidak dapat mempertimbangkan dengan waras , x tahu lah ape nasib nya











kesimpulannya :setiap saat itu bernilai , sebenarnya dah besar panjang ni semestinya dah dapat fikir yang mana baik yang mana buruk ,yang utama UTAMAKAN LAH yang tak penting tinggal-tinggalkan lah...(1st priority first)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قال: قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:"مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لا يَعْنِيهِ".

حَديثٌ حَسَنٌ. رَوَاهُ الترمِذيُّ وَغَيْرُهُ.



Khamis, 27 Mei 2010

untuk ahli KMKJ




Alhamdulillah segala puji di panjatkan kepada Allah dengan segala nikmat yang di berikan olehNya, nikmat pinjaman nafas , nikmat ilmu , nikmat makan dan minum , nikmat tidur dan nikmat dapat hidup dengan selesa di bumi Jordan yang penuh barakah ini.Alhamdulillah...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah juga kerana telah memberi peluang kepada pimpinan KMKJ 09/10 utk sama2 berkebajikan antara kita semua .Sedar tidak sedar , telah hampir setahun saya beserta jawatankuasa KMKj 09/10 yang lain menguruskan persatuan anak negeri Kelantan ini.Di kesempatan ini , kami teramatlah sedar bahawa banyak kekurangan dan kelemahan yang di lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak sedar .Bertepatan dengan hadis

وقال صلى الله عليه وسلم : " كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول"؛ رواه احمد

وابوداود وصححه الإمام النووي

(cukuplah sesorang itu berdosa apabila mensia-siakan orang yang di bawah tanggungannya)

Saya selaku wakil kepada semua AMT dan semua AJK yang bekerja utk KMKJ meminta maaf/ampun kepada semua andaikata dosa itu secara tidak sedar di tanggungkan ke atas kami kerana saya percaya semua orang yang bekerja utk KMKJ pada sesi ini telah bersungguh –sungguh melakukan kerja masing2.


Ahli KMKJ sekalian,

Bersempana musim peperiksaan semester dua sesi 09/10 ini , pihak KMKJ MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERMUJAHADAH KEPADA SEMUA PELAJAR KMKJ KHUSUSNYA DAN KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JORDAN AM-NYA.Sama-samalah kita berganding bahu bekerjasama utk memaksimumkan kualiti study sekaligus memaksimumkan markah untuk kita kecapi dalam peperiksaan final nanti.Ingatlah pelajar2 sekalian bahawasanya tujuan utama dan pertama kita di sini ialah untuk menuntut ilmu dan ia seharusnya di ekspresikan /di buktikan dalam result imtihan kita masing2. Dan juga jangan lupa utk sama-sama melihat kawan-kawan di sekeliling supaya bukan kita sahaja yang cemerlang tetapi KITA DAN DIA JUGA MESTI CEMERLANG SAMA!!!!


Tidak dilupakan juga kepada abang2 dan kakak2 yang dah nak grade sem ini semoga mendapat keputusan yang memberangsangkan dan segala ilmu yang dapat di Jordan ini dapat di kongsikan atau di khidmatkan kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sana.


Akhir kata sama-samalah kita sentiasakan berdoa , bukan sahaja selepas solat , tetapi setiap waktu dan masa.Sebelum tido selepas tido , sebelum solat selepas solat waktu qiam waktu duduk , berdoalah utk kejayaan kita dan rakan-rakan dan semua umat islam yang sedang berjuang.





“MAHASISWA BERWAWASAN, ISLAM GEMILANG“















Mohd Shakir Bin Zahari
YDP KMKJ 09/10