Jumaat, 30 Oktober 2009

7 tanda anda akan gagal di universiti



Gagal bukan hanya bermaksud gagal mendapat segulung ijazah .jika anda ada tanda2 ini anda mungkin boleh hadiri hari graduasi tetapi anda
  • gagal menjadi orang berilmu
  • gagal menjadi seseorang berkeyakinan tinggi
  • gagal menjadi seseorg yg berkarisma dan boleh di hormati
  • gagal menyerlah
  • gagal memenuhi potensi diri sendiri
  • gagal mengejar kekayaan
  • gagal memenuhi harapan ibu bapa
  • gagal menjadi contoh yang baik kepada orang sekeliling



TANDA 1

SUSAH TIDUR MALAM DAN SUSAH BANGUN PAGI
bayangkan , jika anda bangun pukul 6 pagi , pergi kebilik air , ambil wudu', solat dengan baik ,bukankah rasa mengantuk itu akan hilang?gagal bangun untuk subuh lebih dahsyat daripada gagal atau lewat menghadiri kelas.Solat subuh adalah penguji kekekuatan disiplin dan ketaatan tahap pertama umat islam. jika ini sudah gagal , byk perkara lain yg boleh di jangka gagal juga.
ini x termasuk lagi dengan ibadah2 yg selalu di amalkan NABI KITA.mcne dgn qiam ?mcne dgn ibadah sepertiga malam ?mcne dengan ibadah sunat yang lain?



TANDA 2


TAKUT SALAH TIDAK MAHU MENCUBA
mencuba sesuatu yang di ilhamkan dalam diri kita secara tiba2 tiada salahnya , selagi mne ia tidak melanggar syariat.di sini terserlahnya negatif nya sifat takut , dan sifat tidak berani mencuba.benda yang memerlukan kepakaran semestinya memerlukan practice bcoz practice make perfect .so, jgn sekali2 takut salah , kerana salah itu lah kenangan manis apabila dah perfect




TANDA 3
TIDAK BAWA PAYUNG SALAHKAN HUJAN
asyik sibuk menuding jari terhadap org lain , diri sendiri sepatutnya dipersalahkan dahulu.jari apabila dituding kepada orang lain, satu jari tertuju kepada orang 4 jari tertuju kepada kita,jadi jangan lah sibuk mengutuk orang lain jika berlakunya sesuatu yang tidak di senangi , sebaliknya cuba bertenang dan muhasabah terhadap diri sendiri dahulu, nescaya itulah yang terbaik!!



TANDA 4
BERKAWAN DENGAN ORG YG MALAS MANDI PAGI
malas mandi pagi?begini, jika pertama kali anda berkenalan dgn org yg malas mandi pagi , anda akan berasa pelik ,janggal dan tidak selesa.mungkin bau mereka tidak menyenangkan.namun , setelah lama berkawan anda sudah mula biasa dgn bau tersebut .jadi anda akan rasa semakin selesa.ini baru mndi pagi , mcne plak klau selalu ponteng?mcne dgn yg amat malas study n kuat main?



TANDA 5

ANDA RASA BAWAH TEMPURUNG LEBIH SELESA DARIPADA PADANG YANG LUAS
sifat mudah selesa ,istilah nya in a comfort zone. benda2 ni amat berbahaya terutama kepada mahasiswa yang kurang cabaran dan cukup segalanya .perlu di ingat , nikmat yang di kecapi sekarang x semestinya kekal. fikiran kita perlu lah jauh ke hadapan , fikirkanlah terhadap cabaran masa depan kerana kehidupan hari ini adalah latihan utk hidup pda masa akan datang



TANDA 6
TIDAK BERANI JADI BERBEZA
jangan takut , menjadi berbeza kepada perkara yang haq , amat lah di tuntut tetapi amat jarang di jumpai .kita boleh mengikut arus kehidupan kita , tetapi perlu berwaspada kerna kita punya quran dan sunnah.menjadi berbeza inilah yang susah di jumpai tetapi apabila dah berjumpa dengan yang berbeza ini , nescaya dialah yang akan sentiasa dalam ingatan

TANDA 7

MEMANAH DIDALAM GELAP DENGAN MATA YANG TERTUTUP
ini yang terpenting.segala usaha perlu ada matlamat yang jelas di sertai dengan niat yang luhur.jangan! jangan! jangan sesekali melakukan apa yang kita lakukan sekarang tanpa memperincikan matlamat atau pun target kita, kerana ia hanya akan menjadi seperti orang yang memanah di dalam gelap dengan mata yang tertutup!!!!

Tiada ulasan: