Selasa, 20 Julai 2010

hidayah benda termahal






And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.


Tafsir al-Jalalayn
And who when they commit an indecency, a despicable sin such as adultery, or wrong themselves, with less than that, such as a kiss, remember God, that is to say, His threat of punishment, and pray forgiveness for their sins — and who, that is, none, shall forgive sins but God? — and who do not persist, persevere, in what they did, but have desisted from it, knowing, that what they did was sinful.
{3:135}






setiap manusia melakukan kesalahan , dosa , kezaliman pada diri sendiri ,
tetapi
apa yang membezakan antara kesemua yang membuat kesalahan itu ialah keimanan mereka pada ayat di atas ;-Apabila melakukan 'fahisyah' atau 'zolamuu anfusahum'
1)zakarullah-ingat Allah (memperbanyakkan ingat , kata lainnya ialah sedar semula nilai kehambaan itu)
2)fastaghfaru lizunubihim-meminta ampun , org bersalah dengan istighfar itu ibarat kuku dengan isi , xleh dengan dosa tanpa istighfar ...btw mane nak cari yg langsung x ada dosa???
3)walam yussirru 3la ma fa3alu wahum ya3lamun-yang ni rsenya jarang yang diamalkan kerana mmg bnda ni paling susah , klu perhati dan faham penggunaan LAM di situ bukan LA(hurmmmm),sedarlah , ramai yang susah utk mengamalkan tidak mengulangi kesalahan dalam keadaan dia mengetahui tetapi yang terpilih mampu mengamalkan itu , pastilah mereka itu yang dekat dengan syurga yang termahal itu.



"sya3ban dah menjenguk seminggu , ku harapkan teman seperjuangan semua memikirkan satu benda ni
{andaikata dalam kelapangan , atau sibuk 'sikit' dgn exam midterm ini pun telah gagal utk khatamkan walau sekali(1x) Al-Quran pd sya3ban ini, mcne lah dengan kesibukan pada bulan ramadhan nnti yg ada final exam ,adakah akan gagal utk khatamkan al-quran jgk? nak tggu cuti baru nak speed habiskan khatamkan al-quran?}
sama-sama kita fikirkan"

حسنة الابرار ,سيئة المقربين-lumrah hidup



p/s-berpeluangkah 10 akhir nnti menjadi tetamuNYA????


p/ss-menanti tibanya bulan 8, hanya Allah yang tahu













nafsu musuh pada iman,
syari3 firas a3jluni ,
dkat2 subuh.

Jumaat, 16 Julai 2010

maahad


alhamdulillah
sya3ban dan masuk
tanda ramadhan dah nak sampai

hari ni teringat kan sekolah lame
yang byk mengajar ilmu kehidupan

masing2 ade freedom of choice
kita lah memilih jalan kita sendiri





laman hadapan maahad ,
sinilah tempat tobur , aku bersyukur menjadi technician yang mendengarkan suara kepada semua pelajar , memang pengalaman menjadi technician itu amat manis walaupun sememangnya byk kelemahan smasa mentadbir


pandangan daripada asrama ke blok depan , 4 tahun lebih berada di asrama mmg valuable time , byk mendidik diri , membuka fikiran dan fikrah dan menjiwai ukhuwah
rindu selama 4 tahun jgakla berkelas tahfiz dgn ustaz Ba'ari



masjid islah ,
walau apapun syabab itu memang wajib di didik supaya hati terikat ke masjid walau di mana mereka berada , ruh islam itu pasti akan berkembang



asrama , jika nak di ceritakan segala pengalaman
xterkira segala kenangan yang terimbas
berbaur-baur segala perasaan

memang seorang pelajar itu timbulnya kepada dunia dari
madrasah-madrasah tempat
yang di curahkan kepada nya ilmu


~sekian~

Rabu, 7 Julai 2010

cuti yg bermakna



Alhamdulillah , post kali ni mengenai cuti baru2 ni , amat2 bermakna kerana kali pertama dapat 'RAPAT' dengan dua orang yang cukup2 terkenal dalam dunia politik negeri kelate

masing2 mempunyai 'izzah yang patut di contohi semua
1)YB DATO' HJ MOHD NASSURUDDIN B HJ DAUD-Dato' Speaker Dewan Undagan Negeri Kelantan

2)YB AHMAD BAIHAKI B ATIQULLAH-ADUN PASIR TUMBOH


mengiringi 2 YB berjalan-jalan banyak mengajar pengalaman , terasa dekat sebuah perjuangan , rasa terubat rindu pada KELANTAN.



















sekitar kedai makan saat terakhir YB melawat jordan




















sekitar masjid hussein,adik najid the coolest boy




sempat berkedai kopi lepak2 berbual-bual bersama YB ustaz baihaqi di ABDALi,ini tempat ustaz lepak selepas penat membeli kitab dulu-dulu



ini pula bersama orang paling atas PERKID ,sgt rock tp sempoi...USt Masdrizi



jln kuda 3jlun,
beberapa hari b4 sya3ban

Selasa, 29 Jun 2010

satu ayat







And it is not for the believers to go forth [to battle] all at once. For there should separate from every division of them a group [remaining] to obtain understanding in the religion and warn their people when they return to them that they might be cautious.
{at-taubah,chapter 9 , verse 122}



Alhamdulillah , byk benda yg berlaku , cukuplah ayat ini sebagai pencetus kenangan indah...insyaAllah...


Isnin, 14 Jun 2010

Allahu Robbi....bahayanya...



sama-samalah merenung ,menghafal ,mengamalkan ,berjaga-jaga ,berubah ,berinteraksi dengan hadis ini....



original copy from = http://www.zaharuddin.net/content/view/892/89/

Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, iaitu :-

إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار

Maksudnya (ringkasan terjemahan) :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-

أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: "تلك عاجل بشرى المؤمن

Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin" ( Riwayat Muslim)

Ibn Qayyim pernah berkata berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."

Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Bagi lagi medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan pelbagai lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar...



wallahu a3lam
jom marathon ke Ramadhon 1431
~2 rejab 1431~

Isnin, 31 Mei 2010

Demam-demam.....hurm




semenjak dua menjak ni , wabak demam telah nampak symptom2 nya , yang telah berlaku , sedang berlaku dan akan berlaku..........haihhh


1)demam final exam



final exam lagi kureng seminggu , musibah nya apabila tiada cukup rasa cuak nak exam lalu menjadikan diri malas untuk bersungguh-sungguh....bahaya2


2)demam viva Palestine/Gaza.....kekejaman yahudi zionis terhadap Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza

isu palestine hangat kembali , kali ini ramai yang bertuah di pilih sebagai syahid di jalanNYA , gara-gara durjana ISRAEL LAKNATULLAH
















"moga-moga apabila berkurang nya isu palestine ini di mainkan media nanti , doaku utk pejuang GAZA /Palestine semakin bertambah dan berterusan"



3) demam judi bola/ isu semasa di Malaysia

sekarang Malaysia makin menjadi-jadi ....buang anak ,halalkan judi bola,isu subsidi ,rasuah dan etc.....ape nak jadi ni...?



4) demam world cup?(akan munculkah demam ini dikala byk demam lain yg lgi penting??)

world cup lagi beberapa hari , lebih kurang same la dengan final exam , jika tidak dapat mempertimbangkan dengan waras , x tahu lah ape nasib nya











kesimpulannya :setiap saat itu bernilai , sebenarnya dah besar panjang ni semestinya dah dapat fikir yang mana baik yang mana buruk ,yang utama UTAMAKAN LAH yang tak penting tinggal-tinggalkan lah...(1st priority first)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قال: قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:"مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لا يَعْنِيهِ".

حَديثٌ حَسَنٌ. رَوَاهُ الترمِذيُّ وَغَيْرُهُ.



Khamis, 27 Mei 2010

untuk ahli KMKJ




Alhamdulillah segala puji di panjatkan kepada Allah dengan segala nikmat yang di berikan olehNya, nikmat pinjaman nafas , nikmat ilmu , nikmat makan dan minum , nikmat tidur dan nikmat dapat hidup dengan selesa di bumi Jordan yang penuh barakah ini.Alhamdulillah...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah juga kerana telah memberi peluang kepada pimpinan KMKJ 09/10 utk sama2 berkebajikan antara kita semua .Sedar tidak sedar , telah hampir setahun saya beserta jawatankuasa KMKj 09/10 yang lain menguruskan persatuan anak negeri Kelantan ini.Di kesempatan ini , kami teramatlah sedar bahawa banyak kekurangan dan kelemahan yang di lakukan sama ada secara sedar atau pun tidak sedar .Bertepatan dengan hadis

وقال صلى الله عليه وسلم : " كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول"؛ رواه احمد

وابوداود وصححه الإمام النووي

(cukuplah sesorang itu berdosa apabila mensia-siakan orang yang di bawah tanggungannya)

Saya selaku wakil kepada semua AMT dan semua AJK yang bekerja utk KMKJ meminta maaf/ampun kepada semua andaikata dosa itu secara tidak sedar di tanggungkan ke atas kami kerana saya percaya semua orang yang bekerja utk KMKJ pada sesi ini telah bersungguh –sungguh melakukan kerja masing2.


Ahli KMKJ sekalian,

Bersempana musim peperiksaan semester dua sesi 09/10 ini , pihak KMKJ MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERMUJAHADAH KEPADA SEMUA PELAJAR KMKJ KHUSUSNYA DAN KEPADA SEMUA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JORDAN AM-NYA.Sama-samalah kita berganding bahu bekerjasama utk memaksimumkan kualiti study sekaligus memaksimumkan markah untuk kita kecapi dalam peperiksaan final nanti.Ingatlah pelajar2 sekalian bahawasanya tujuan utama dan pertama kita di sini ialah untuk menuntut ilmu dan ia seharusnya di ekspresikan /di buktikan dalam result imtihan kita masing2. Dan juga jangan lupa utk sama-sama melihat kawan-kawan di sekeliling supaya bukan kita sahaja yang cemerlang tetapi KITA DAN DIA JUGA MESTI CEMERLANG SAMA!!!!


Tidak dilupakan juga kepada abang2 dan kakak2 yang dah nak grade sem ini semoga mendapat keputusan yang memberangsangkan dan segala ilmu yang dapat di Jordan ini dapat di kongsikan atau di khidmatkan kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sana.


Akhir kata sama-samalah kita sentiasakan berdoa , bukan sahaja selepas solat , tetapi setiap waktu dan masa.Sebelum tido selepas tido , sebelum solat selepas solat waktu qiam waktu duduk , berdoalah utk kejayaan kita dan rakan-rakan dan semua umat islam yang sedang berjuang.





“MAHASISWA BERWAWASAN, ISLAM GEMILANG“















Mohd Shakir Bin Zahari
YDP KMKJ 09/10